Thursday, 19 July 2012

PENGENALAN
 
MESIN JAHIT
Mesin jahit merupakan alat yang paling penting bagi seorang tukang jahit.
  
Jenama  mesin jahit terkenal ialah SINGER, JUKI ,BROTHER  dan lain-lain
 
Semasa membeli mesin jahit pastikan anda cuba atau uji perjalanan mesin-mesin jahit yang ada jual di kedai tersebut.
 
Anda hendaklah meminta nasihat daripada penjualnya.
 
Pilih mesin jahit yang paling sesuai dengan kerja-kerja yang hendak lakukan dengan mesin jahit itu.
 
Pilih mesin jahit yang senang untuk mendapat gantian bahagian-bahagian ( spare parts ) jika dikehendaki.
JENIS-JENIS MESIN JAHIT
Mesin Jahit Tangan
ØHarga yang murah.
ØMudah dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada permukaan rata .
ØKekurangannya ialah kerja lebih lambat kerana ia dipusing dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang jahitan.

Mesin Jahit Kaki
ØLebih mahal dari mesin jahit tangan.
ØIa dipasang pada rangka keluli dan dijalankan dengan gerakaan tertentu ke atas dan kebawah oleh kedua-duabelah kaki.
ØDengan cara ini kedua-dua belah tangan boleh memegang jahitan ketika menjahit.
ØMesin jahit kaki mudah bagi anda menyimpannya kerana mempunyai bahagian khas atau kabinet apabila ditutup, ia boleh dijadikan meja yang berguna.
 
Motor Elektrik
ØSebuah motor elektrik boleh dilekatkan pada mesin jahit kaki.
ØMenggunakan kuasa elektrik, mesin ini menjimatkan masa dan tenaga.
ØHad lajunya boleh dikawal dengan mengubah tekanan kaki.
Mesin Jahit Automatik  (Industri)
ØPaling mahal dan paling moden.
ØIa dijalankan dengan menggunakan kuasa elektrik.
ØPelbagai jenis mata jahitan, corak serta mata jahitan sulaman, proses seperti menjahit butang dan lubang butang boleh dilakukan oleh mesin ini.
ØMesin jahit ini memerlukan kecekapan menggunakannya.
Bahagian-bahagian Mesin Jahit
1.Tuas pemegang benang
2.Tuas angkat tapak
3.Spring pemegang benang
4.Lubang benang
5.Pemegang jarum
6.Tapak gigi penolakn
7.Sekuci
8.Pelaras jahitan
9.Pemusing gelendong
10.Tayar loreng sekoci
11.Roda imbangan
12.Tempat buku benang
 
Roda Imbang (fly wheel) memula dan memberhentikan perjalanan mesin jahit.
Skru Pemberhenti Jahitan. Mesin jahit akan berhenti apabila anada melonggarkan atau memusing skru di tepi roda imbang.
Tayar Lereng Sekuci menolong memusingkan pemusing gelendong.
Pemusing Gelendong mengulung benang pada sekuci.
Pelaras Jahitan (stitch regulator) menentukan saiz mata jahitan.
Tiang Gelendong atau tempat buku benang menerima benang atas.
Penekan Jahitan memegang fabrik di seuatu tempat ketika memesinnya.
Tuas Pemegang benang mengangkat dan menurun benang.
Ceper Pengawal Kendur Benang (tension disc) menentu tegangan benang.
Lubang Benang
Spring Pemegang Benang
Pemegang Jarum memegang jarum.
Tapak Penekan Jahitan (presser foot)
Tapak Gigi Penolak (feed dog) menolak fabrik sambil menjahit.
Sekuci (bobbin case) memusing gelendong.
Gelendong (bobbin)
Jarum menjahit benang pada fabrik.
Tali Mesin menyambungkan roda imbang kepada roda besar.
Tempat letak kaki di mesin. Jarum mesin dijalankan dengan gerakan tertentu ke atas dan ke bawah oleh kedua-dua belah kaki.
KESIMPULAN

 
 Pengenalan mesin jahit ialah salah satu tajuk modul yang perlu diikuti oleh pelatih-pelatih kemahiran yang mengikuti kursus pembuat pakaian kerana ia melibatkan teori pengetahuan dan pemahaman mengenai jenis-jenis mesin jahit yang digunakan oleh seorang tukang jahit dan bahagian serta fungsi yang ada pada mesin jahit tersebut.
 
SEKIAN TERIMA KASIH
undur diri dulu yek………..